Welcome, visitor! [ Register | Login

Samsung Galaxy S2 vs HTC Sensation vs Motorola Atrix vs LG Optimus 2X

Gadget June 28, 2011

Sedar tidak sedar teknologi smartphones telah melangkah setapak lagi memasuki era dual core. Mungkin ramai yang telah memiliki dan mungkin ada yang masih lagi tercari-cari smartphones dual core manakah yang terbaik dan berbaloi untuk dibeli. Mari kita saksikan pertempuran antara dual core smartphones.

dualcore battle htc sensation samsung galaxy s2 motorola atrix lg optimus2x

Fight!


Kami cuba bandingkan empat buah peranti yang terhangat masakini iaitu Samsung Galaxy S II, HTC Sensation, Motorola Atrix dan LG Optimus 2X. Keempat-empat peranti Android ini tampak sama hebat dan sukar untuk dinilai dengan sekilas pandang. Mari kita lihat dengan lebih terperinci. Mudah-mudahan dapat membantu anda membuat keputusan yang betul.

Memang tidak dinafikan Galaxy S2 mempunyai kelebihan dari segi spesifikasinya yang mantap tetapi ada yang berpendapat kualiti badan Galaxy S2 yang agak plastik membuatkan Sensation yang memiliki badan aluminium tampil lebih elegan.

HTC Sensation

Jika anda seorang yang suka bergambar dengan menggunakan telefon bimbit, faktor seperti resolusi kamera dan shutter speed adalah amat penting. Jelas kelihatan Galaxy S2, Sensation dan Optimus 2X memiliki resolusi 8 Megapixel tetapi mungkin Sensation memiliki kelebihan dari segi shutter speed.

Motorola Atrix with LapDock

Atrix memiliki kelebihan dari segi aksesori yang ditawarkan bersama iaitu LapDock yang telah membuatkan kami begitu teruja manakala kami percaya Optimus 2x ditawarkan pada harga yang paling murah antara keempat-empat pesaingnya.

LG Optimus 2X

RRP:

HTC Sensation – RM 2,299

Samsung Galaxy S2 – RM 2,099

Motorola Atrix – RM 1,999

LG Optimus 2X – RM 1,899

Untuk harga dan pelan yang lebih berbaloi bagi keempat-empat peranti ini, sila semak di laman web Maxis, DiGi atau Celcom.

Samsung Galaxy S II

Apa yang dapat kami simpulkan keempat-empat peranti ini agak setanding namun Samsung Galaxy S2 memiliki spesifikasi paling mantap dan lebih murah jika dibandingkan dengan HTC Sensation. Rupa fizikal kerap juga dijadikan faktor pemilihan dan ini agak subjektif sebenarnya.

Selamat membuat pilihan.

Sponsored Links

3 Responses to “Samsung Galaxy S2 vs HTC Sensation vs Motorola Atrix vs LG Optimus 2X”

  1. wow. spec henpon ni dah lebih kurang pc p4 aku je. haha

  2. This introduces a pleasingly rioatnal point of view.

Leave a Reply

  • Watch Free K-Drama on Maaduu.com

    by on January 13, 2011 - 3 Comments

    Maaduu bring a variety of design and content offering from the Korean TV channel for FREE to users in Malaysia, and through out the world, for free with advertising support. However, the ads are shown only at the beginning of each program, and then you can follow the program you want without any interference. [via Amanz & Maaduu]

  • iPhone 4 + Android = GOOAPPLE ?!!

    by on June 21, 2011 - 4 Comments

    Do you love the look of iPhone 4 but at the same time loving Android? Here is the solution – get GOOAPPLE. Of course it’s from China. The device runs on Android 2.2 that has been customized to feel like iOS. GOOAPPLE comes with 5MP rear camera and 1.3MP front facing camera  and powered by 600Mhz Qualcomm CPU. […]

  • Facebook Memperkenalkan Facebook Messenger

    by on August 10, 2011 - 0 Comments

    Facebook secara rasminya telah memperkenalkan aplikasi Facebook Messenger untuk platform iPhone dan Android bagi memudahkan pengguna mudah-alih tersebut menghantar dan menerima mesej. Aplikasi Facebook Messenger telah dibangunkan bersama penyedia perkhidmatan mesej teks berkumpulan, Beluga, yang diambil-alih oleh Facebook pada Mac lalu. Anda boleh mendapatkan aplikasi tersebut terus daripada AppStore dan Android Market.

  • Samsung Galaxy S2 vs HTC Sensation vs Motorola Atrix vs LG Optimus 2X

    by on June 28, 2011 - 3 Comments

    Sedar tidak sedar teknologi smartphones telah melangkah setapak lagi memasuki era dual core. Mungkin ramai yang telah memiliki dan mungkin ada yang masih lagi tercari-cari smartphones dual core manakah yang terbaik dan berbaloi untuk dibeli. Mari kita saksikan pertempuran antara dual core smartphones.

  • 3D Phone - HTC Evo 3D

    by on March 24, 2011 - 2 Comments

    Sprint announcing the HTC Evo 3D. The device powered by 1.2Ghz Dual-core processor. The HTC Evo 3D has two 5MPx cameras for capturing 3D Video with a flash sitting in between.

  • Homestay Kelana Jaya Ara Damansara
  • Ad 2
  • Ad 3
  • Ad 4