Welcome, visitor! [ Register | Login

LG Optimus 3D Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM2199

Gadget September 8, 2011

[Petikan artikel dari Amanz]

Hari ini, LG Electronics Malaysia secara rasminya telah pun melancarkan telefon pintar 3D mereka yang dinantikan sekian lama, iaitu LG Optimus 3D, yang mana menawarkan cip pemprosesan dwi-teras generasi kedua, dan juga didatangkan dengan sokongan penuh pengalaman 3D, termasuk rakaman dalam bentuk 3D melaluinya.


Melalui LG Optimus 3D, ianya turut membawakan skrin sentuh WVGA seluas 4.3-inci, memori terbina 8GB, memori 512MB RAM, dwi-kamera 5-megapixel dengan sokongan rakaman dalam bentuk 2D dan 3D, kamera hadapan VGA, dan juga didatangkan bersama-sama dengan Android 2.2 Froyo yang boleh dikemaskini kepada Gingerbread dengan mudah. Ianya turut menggunakan cip pemprosesan 1GHz ARM Cortex-A9 dengan PowerVR SGX540 GPU.

Dan menariknya, memandangkan kandungan 3D masih sedikit buat masa ini, LG Optimus 3D turut didatangkan dengan lebih 20 video 3D percuma, dimana 10 daripada video tersebut telah sedia didatangkan bersama telefon pintar tersebut, dan 10 lagi boleh dimuat-turun secara percuma melalui LG World. Pada masa yang sama, ianya turut didatangkan bersama-sama dengan 11 permainan 3D percuma.

LG Optimus 3D boleh didapatkan di Malaysia bermula hari ini melalui pengedar rasmi seluruh negara pada harga RM2199. Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui samada adakah syarikat telekomunikasi tempatan akan menawarkannya ataupun tidak.

Sponsored Links

Leave a Reply

  • Watch Free K-Drama on Maaduu.com

    by on January 13, 2011 - 3 Comments

    Maaduu bring a variety of design and content offering from the Korean TV channel for FREE to users in Malaysia, and through out the world, for free with advertising support. However, the ads are shown only at the beginning of each program, and then you can follow the program you want without any interference. [via Amanz & Maaduu]

  • iPhone 4 + Android = GOOAPPLE ?!!

    by on June 21, 2011 - 4 Comments

    Do you love the look of iPhone 4 but at the same time loving Android? Here is the solution – get GOOAPPLE. Of course it’s from China. The device runs on Android 2.2 that has been customized to feel like iOS. GOOAPPLE comes with 5MP rear camera and 1.3MP front facing camera  and powered by 600Mhz Qualcomm CPU. […]

  • Samsung Galaxy S2 vs HTC Sensation vs Motorola Atrix vs LG Optimus 2X

    by on June 28, 2011 - 3 Comments

    Sedar tidak sedar teknologi smartphones telah melangkah setapak lagi memasuki era dual core. Mungkin ramai yang telah memiliki dan mungkin ada yang masih lagi tercari-cari smartphones dual core manakah yang terbaik dan berbaloi untuk dibeli. Mari kita saksikan pertempuran antara dual core smartphones.

  • 3D Phone - HTC Evo 3D

    by on March 24, 2011 - 2 Comments

    Sprint announcing the HTC Evo 3D. The device powered by 1.2Ghz Dual-core processor. The HTC Evo 3D has two 5MPx cameras for capturing 3D Video with a flash sitting in between.

  • Facebook Memperkenalkan Facebook Messenger

    by on August 10, 2011 - 0 Comments

    Facebook secara rasminya telah memperkenalkan aplikasi Facebook Messenger untuk platform iPhone dan Android bagi memudahkan pengguna mudah-alih tersebut menghantar dan menerima mesej. Aplikasi Facebook Messenger telah dibangunkan bersama penyedia perkhidmatan mesej teks berkumpulan, Beluga, yang diambil-alih oleh Facebook pada Mac lalu. Anda boleh mendapatkan aplikasi tersebut terus daripada AppStore dan Android Market.

  • Homestay Kelana Jaya Ara Damansara
  • Ad 2
  • Ad 3
  • Ad 4