Welcome, visitor! [ Register | Login

Steve Jobs Meninggal Dunia

Habaq mai October 6, 2011

Berita yang sedih dan mengejutkan dunia terutamanya pengguna dan dunia teknologi sendiri – Pengasas bersama firma Apple, Steve Jobs telah meninggal dunia. Seperti yang disahkan di laman Apple, Steve telah meninggal dunia pada usia 56 tahun selepas baru-baru ini meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan menamakan Tim Cook sebagai penggantinya. Pemergian Steve meninggalkan kesan yang mendalam kepada dunia teknologi dan kepada firma Apple sendiri. Takziah kami ucapkan kepada keluarga beliau.

[via]

1029 total views, 0 today

EV Station: Stesen Kenderaan Elektrik

Habaq mai September 13, 2011

Stesen Mengecaj Kenderaan Elektrik ataupun EV Charging Station merupakan infrastruktur yang membekalkan tenaga elektrik untuk kenderaan elektrik, hybrid dan sebagainya.

Gambar dibawah menunjukkan EV station yang terdapat di Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). Terdapat logo Proton pada alat tersebut. Mungkin sesuatu yang menarik akan menanti anda.

Langkah Pertama: Sentuh kad RFID pada alat tersebut
Langkah Kedua: Ikut arahan pada skrin dan pasang pada kereta anda.
Langah ketiga: Sesi Mengecaj akan bermula secara automatik

 

errr.. rasanya tiang ni sekadar hiasan 😀

1558 total views, 0 today

Google beli Motorola Mobility pada harga AS$ 12.5B

Habaq mai August 16, 2011

Syarikat carian dan pengiklanan atas talian, Google telah mengumumkan pengambil-alihan Motorola Mobility pada kira-kira AS$ 12.5 bilion (atau AS$ 40 sesaham), dalam bentuk tunai. Harga tersebut mewakili premium sebanyak 63 peratus kepada harga penutup saham Motorola Mobility pada Jumaat lepas. Google memiliki kira-kira AS$ 39 bilion tunai pada kiraan terakhir.

Pengambil-alihan Motorola Mobility akan membolehkan Google untuk menambah-baik ekosistem Android serta meningkatkan persaingan dalam pasaran mudah alih. Motorola Mobility akan kekal sebagai pemegang lesen Android dan Android akan kekal terbuka. Operasi Motorola Mobility akan dijalankan secara berasingan.

Co-founder dan CEO Google, Larry Page menulis bahawa pengambil-alihan Motorola Mobility bukan sahaja kerana kekuatannya dalam sektor telefon pintar dan peranti Android, malah Motorola adalah peneraju dalam pasaran alatan kelengkapan rumah dan audio visual.”
Continue reading …

1468 total views, 0 today

[Infographic] Facebook vs Google+

Habaq mai, Laman web July 25, 2011

Ramai yang sudah mengetahui tentang kewujudan laman sosial baru dari Google iaitu Google+. Namun Google masih belum lagi membuka laman tersebut secara rasmi dan hanya sebahagian umum sahaja yang berjaya mengakses laman tersebut melalui jemputan.

Bagi saya, agak mustahil untuk saya tinggalkan Facebook dan beralih ke Google+ dalam masa terdekat atas sebab kenalan lama yang agak ramai di Facebook disamping game-game yang menarik hehe..

Mari kita lihat perbandingan antara Facebook dan Google+.


Continue reading …

808 total views, 0 today

Justin Timberlake, Syarikat Pengiklanan Beli MySpace Pada Harga AS$35 juta (RM105.65 juta)

Habaq mai July 1, 2011

LOS ANGELES – Penyanyi pop, Justin Timberlake merupakan sebahagian daripada pemilik laman rangkaian sosial MySpace selepas dia bekerjasama dengan syarikat Specific Media untuk membeli laman itu pada harga AS$35 juta (RM105.65 juta) daripada syarikat News Corp milik bilionair Rupert Murdoch, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebagai persediaan untuk menerajui MySpace, Timberlake membina sebuah ibu pejabat di sini selain mengambil enam orang pekerja.

“Semasa kami menemui Justin dan ketika kami berbincang mengenai strategi kami, satu persetujuan telah dicapai dengannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Specific Media, Tim Vanderhook.

“Salah satu daripada keghairahannya ialah dia seronok membantu artis lain dan mencipta satu komuniti untuk orang ramai menyuarakan perasaan mereka,” jelasnya.

MySpace pernah digelar sebagai raja laman jaringan sosial tetapi kewujudannya ditenggelamkan oleh Facebook dan Twitter sekali gus membawa kepada kemerosotan pengguna.

Facebook kini dilaporkan bernilai AS$70 bilion (RM212.3 bilion) manakala ketua pegawai eksekutifnya, Mark Zuckerberg, 27, dilaporkan memiliki kekayaan berjumlah AS$18 bilion (RM54.5 bilion)

Timberlake juga berlakon dalam filem The Social Network yang mengisahkan kehidupan Zuckerberg di Universiti Harvard.

Dalam filem itu, Timberlake memegang watak sebagai presiden pertama Facebook, Sean Parker yang juga pengasas laman stor muzik dan penjual syarikat, Napster.

Dipetik dari laporan Kosmo 1 Julai 2011.

1087 total views, 0 today

Antaramuka Windows 8 yang Serba Baru

Habaq mai June 29, 2011

Microsoft telah mengumumkan generasi sistem operasi Windows baru yang dikenali sebagai Windows 8 buat masa ini. Nama sebenar Windows baru ini akan diketahui tidak lama lagi, mungkin pada bulan September pada persidangan Build Windows developer. Menurut Microsoft, Windows 8 mampu beroperasi pada semua platform samada menggunakan touch screen pada tablet atau menggunakan mouse pada desktop pc.
Continue reading …

1336 total views, 0 today

Page 1 of 41 2 3 4

Sponsored Links

  • Watch Free K-Drama on Maaduu.com

    by on January 13, 2011 - 3 Comments

    Maaduu bring a variety of design and content offering from the Korean TV channel for FREE to users in Malaysia, and through out the world, for free with advertising support. However, the ads are shown only at the beginning of each program, and then you can follow the program you want without any interference. [via Amanz & Maaduu]

  • iPhone 4 + Android = GOOAPPLE ?!!

    by on June 21, 2011 - 4 Comments

    Do you love the look of iPhone 4 but at the same time loving Android? Here is the solution – get GOOAPPLE. Of course it’s from China. The device runs on Android 2.2 that has been customized to feel like iOS. GOOAPPLE comes with 5MP rear camera and 1.3MP front facing camera  and powered by 600Mhz Qualcomm CPU. […]

  • Facebook Memperkenalkan Facebook Messenger

    by on August 10, 2011 - 0 Comments

    Facebook secara rasminya telah memperkenalkan aplikasi Facebook Messenger untuk platform iPhone dan Android bagi memudahkan pengguna mudah-alih tersebut menghantar dan menerima mesej. Aplikasi Facebook Messenger telah dibangunkan bersama penyedia perkhidmatan mesej teks berkumpulan, Beluga, yang diambil-alih oleh Facebook pada Mac lalu. Anda boleh mendapatkan aplikasi tersebut terus daripada AppStore dan Android Market.

  • Samsung Galaxy S2 vs HTC Sensation vs Motorola Atrix vs LG Optimus 2X

    by on June 28, 2011 - 3 Comments

    Sedar tidak sedar teknologi smartphones telah melangkah setapak lagi memasuki era dual core. Mungkin ramai yang telah memiliki dan mungkin ada yang masih lagi tercari-cari smartphones dual core manakah yang terbaik dan berbaloi untuk dibeli. Mari kita saksikan pertempuran antara dual core smartphones.

  • 3D Phone - HTC Evo 3D

    by on March 24, 2011 - 2 Comments

    Sprint announcing the HTC Evo 3D. The device powered by 1.2Ghz Dual-core processor. The HTC Evo 3D has two 5MPx cameras for capturing 3D Video with a flash sitting in between.

  • Homestay Kelana Jaya Ara Damansara
  • Ad 2
  • Ad 3
  • Ad 4